Saturday, 26 February 2011
Mengkudu
Mengkudu
Cara cara menggunakan Mengkudu sebagai
UBAT
1.Hypertension
Bahannya : 2 biji mengkudu yang masak ranum di pokok dan satu sudu madu lebah.
Caranya, kisar untuk mendapatkan jus , dicampurkan denagn madu lebah dikacau rata dan minum,amalkan 2 hari berturut2 .
2.Penyakit DemamKuning
Bahannya : 2 biji mengkudu masak yang diambil dari atas pokok,bukan yang dah jatuh atas tanahdan satu sudu gula putih.
Caranya,kisarkan mengkudu dan jadikan jus dicampurkan dengan gula dikacau rata rata dan minum,buat 2 hari berturut atau amalkan setiap hari .
3. Demam Influanza
Bahannya : 1 biji mengkudu dan 1 genggam daun kencur
Caranya,rebus kedua2nya bersama 2 cawan air sehingga menjadi 1 cawan ,minum 2 kali sehari sehingga demam sembuh.
4. Sakit tekak dan batuk
Bahannya : 1 biji buah mengkudu dan segenggam dauh teh hijau.
Caranya,direbus bersama 2 cawan air sehingga menjadi 1 cawan ,disejukan baru diminum.
5. Sakit Perut
Bahannya : 2 - 3 helai daun mengkudu
Caranya,ditumbuk kasar, dicampur dengan garam dan direndam dalam air yang mendidih,biarkan sejuk baru diminum.
6. Menghilangkan tapak kaki merekah
Bahannya : Ambil beberapa biji mengkudu yang telah masak terus dari pokok.
Caranya, gosok buah mengkudu pada tempat yang merekah dan bersisik rata rata dan biarkan untuk beberapa minit 5 - 10 minit, baru dibilas dengan air panas suam suam, dan di lapkan dengan taula kering.
Selamat Mencoba,atas kerajinan anda
InsyaAllah
MengkuduMengkudu
Untuk Kesihatan Diri dan Keluarga Sepanjang Masa
Mengkudu mengandungi bahan "xeronine"
Kepentingan XERONINE :
a) Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh
badan manusia menerusi tindakbalas kimia antara proxeronone dan proxeronase.
b) Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh
membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekaligus mempercepatkan
serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
c) Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein
badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
d) Mengkudu juga kaya dengan bahan anti- oksidan ia itu membantu
melambatkan proses penuaan.
e) Buah Mengkudu boleh memulihkan sel atau tisu rosak ,sekaligus melambatkan
proses penuaan di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi,
dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau
dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus,diminum boleh menyihatkan badan
dan memulihkan daya kekuatan tenaga ibu yang baru bersalin.Kulitnya berguna
bagi mengubati Penyakit Malaria.Bunga Mengkudu boleh digunakn untuk merawat
penyakit mata.Akar Mengkudu dapat berguna bagi mengubati penyakit buasir,
hidung tersumbat dan pendarahan otak.
Khasiat Buah Mengkudu
1. Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestro - otot jantung.
2. Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang,
pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid.
3. Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor.
4. Sistem pernapasan,resdung, athma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak,
batuk kering kolera dan bayi yang demam selsema.
5. Sakit tulang dan sendi.
6. Sakit puan dan susugut serta gangguan perjalanan haid.
7. Awet muda.
8. Membantu kesuburan seksual.
9. Anti- oxidant.
10. Mengurangkan Tekanan Perasaan yang tertekan.
Mengurangkan dan meredakan penyakit
bukan menyembuhkan 100% penyakit
InsyaAllah
Friday, 25 February 2011
POKOK MENGKUDU DAN KHASIATNYA YANG TERSERLAH TERUTAMA KEPADA WANITA
Pangkal Pokok Mengkudu
Buah Mengkudu Yang Masih Putik
Buah Mengkudu Yang Masak Ranum
Pokok mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara negara ASEAN yang lain.
Nama botaninya MORINDA CITRIFOLIA L. Pucuk mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional.
Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya di Hawaii dan Polinesia dipanggil dengan nama NONI, di Tahiti dipanggli NONO, di negara Guam terkenal sebagai LADA, di India dinamakan INDIAN MALBERRY, di Kepulauan Caribean dengan nama PAIN KILLER TREE, di Malaysia ada 2 jenis spisis mengkudu,iaitu mengkudu besar dan mengkudu kecil (Morinda Elliptica)
Pokok herba ini dirujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba ini mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok pokok herba seperti ini telah lama digunakan oleh orang orang Melayu dan orang orang Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.
Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan yang tinggi.Dalam tiap tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi : air 89.1 gram(g), protien 3.9 g, lemak 0.6 g, kibohidrat 2.2 g, serat 3.0 g, kalsium 114 miligram(mg), fosforus 14 mg, ferum 2.8 mg, natrium 18 mg, kalium 234 mg, KAROTENA 3619 ug, vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg, NAISIN 1.0mg vitamin C 115mg.
Daunnya berukuran 15.25 sentimeter(sm)panjang, 6 - 10 sm lebar, berbentuk cerombong, berwarna putih tumbuh di kepala bunga. Buahnya bujur, 5 - 10 sm panjang, 2 - 4 sm lebar, berwarna putih kekuningan. Isinys lembut dan tersangat lembik dan berjus apabila telah masak dan mengandungi biji yang banyak.
Mengkudu kecil mempunyai daunnya yang runcing berukuran 12 - 17 sm panjang dan 3 - 4 sm lebar. Buahnya kecil berukuran 2 - 2.5 sm lebar dan berwarna kehitaman apabila masak.
Thursday, 24 February 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)